kata2 kt bwh header

Hidup tak semestinya indah...s0,,be happy yah...^_^'




Thursday, March 21, 2013

Birthday Girl

Assalamualaikum w.b.t & selamat tengah malam semua..

Maaf sebab lama sudah saya tidak meng'update' blog ni..kalau rumah mesti dah berhabuk kan..hehehe

Alhamdulillah, tanggal 20 March 2013 genaplah umur hana..hah berapa umur?? hehehe, muda lagi, baru masuk 21 tahun single mingle lagi tuu (promote diri pulak)..

20 Mac 2013...banyak benda yang berlaku, bersalah pula rasanya kepada mangsa2 kecuaian hana.. Disebabkan hana ni birthday girl, diorang tak jadi nak marah..thank a lot friends..

1st Kecuaian: Tidur di Cafe Human Science (one of cafetaria kat UIA)

           Hahahaha..Bila teringat balik rasa lawak pula. Pagi itu hana rasa mengantuk sangat sampai kan dalam kelas Arab sebelum tu hana hampir2 tertidur, nasib je ustaz selalu pergi kat meja hana tu pantau apa yg hana buat kalau tak memang sah2 hana tidur..untuk dipendekkan cerita, habis sahaja kelas hana terus menuju ke tempat biasa hana & kawan2 melepak iaitu Human Sciences Cafetaria atau nama glamour'nya' HS Cafe. tanpa membuang masa hana cari tempat duduk & terus tidur di situ tanpa segan silu (jatuh saham,  hehehe). dengar cerita dari cik Deela & Aisyah (bff), rupanya ada orang rakam hana tidur masa tu..sapa yang rakam hana tak tahu la pulak sebab diorang tak nak bagitau..hehe, tapi kan cerita diorang tu bukan boleh percaya sangat pon, siap cakap upload dalam facebook lagi tapi bila hana check takde pulak..Deela & Aisyah tipu hana ekk??

2nd Kecuaian: Kejadian kak Aida dan Motorsikal barunya.

            Selepas kejadian tertidur tu, hana ke kelas Islam & Psychology. Habis je kelas tu hana berjalan seiring dengan kak aida (classmate), dia ajak hana balik sama2. Disebabkan kak aida ada motor, hana apa lagi on terus la. Kak aida baik sangat, dia belanja hana lunch sempena birthday hana yang ke 21 sampai sanggup hantar hana balik hingga ke block mahallah (asrama). Kak aida cakap motor yang dia pakai sekarang baru je dibeli oleh abahnya, comel je motor tu. Setibanya kiteorang di destinasi, hana cuba turun dari motor, untuk pengetahuan pembaca2 sekalian, hana agak ganas apabila naik atau turun motor, jadi penunggang2 motor harus la kuat kalau tak boleh terbalik motor tu. Itulah yang terjadi pada kak aida, hehehe, disebabkan hana nak turun dari motor, kak aida betul2 off guard time tu, motor tiba2 tersungkur jatuh (dah mcm org tersungkur dah), terkejut kak aida..nasib baik tak cedera..kak aida cuak giler..kesian kak aida. Sebab hana, motor kak aida scratch. Banyak kali jugak hana minta maaf, kak aida kata tak apa, dia cakap jangan rasa bersalah sebab benda dah nak jadi. Yang calar tu sikit je and tak penting pon, yang penting enjin boleh hidup lagi. Cara kak aida berkata2 tu sangat halus dan tenang takde langsung riak2 marah, yang ada hanya wajah yang penuh dengan senyuman. Baik tak kak aida? Hana mintak maaf ya kak aida, hana tak sengaja, nanti hana akan cuba belajar untuk naik & turun motor dengan lebih ayu..Kak aida, nanti jangan serik pula nak tumpangkan hana. Semoga ALLAH merahmati kak aida. ^_^ . 

3rd Kecuian: Kesan kekal pada karpet.

               Tepat pukul 6.35 petang, Aishah call ajak hana makan kat bilik dia. Selepas pergi beli makanan di cafetaria dalam kawasan mahallah hana terus menuju ke bilik aishah yang berada di blok E iaitu berdepan dengan blok hana. Menu pilihan hana waktu itu adalah nasi ayam penyet. Kat bilik aishah ada 2 orang lagi bff iaitu raziah and deela. Sedang kiteorang bergelak ketawa, unconsciously hana tertumpahkan sambal nasi ayam penyet atas karpet aisyah..menjerit dia..hana terkasima, deela dan raziah sudah tergelak gelak bagai tak ingat dunia dah..aishah pulak cepat2 bagi hana tisu. Aishah pon tak marah hana jugak sebab katanya 

"disebabkan hari ni hana birthday girl, jadi aishah nak marah"

Maaf cik aishah, tindakan reflek hana lambat bertindak..hana  mengambil masa untuk tahu apa yang patut hana buat..hehehehe..sebagai denda, hana kena tolong aishah basuh karpet tersebut...basuh punya basuh, kesan sambal masih tak mahu hilang..apa perlu hana buat untuk hilangkan kesan tu? pembaca2 ada tips tak?



Haih, apalah hana ni, cuai sangat..tak boleh jadi ni..kena ubah, kena ubah..By the way, Thanks to pembaca2 sekalian kerana sudi membaca post hana yang tak seberapa ni


p/s: got donashi of big apple from dearest rommates, atin & farihan..thanks to them !!




                                                                aja aja fighthing !!
                                                                         ^_^'

Sunday, September 16, 2012

Dunia Baru ^^

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua...

Wahhhh, dah lama dah hana dh update blog..bab kata penulis blog, dah bersarang dah..hehehe..

Alhamdulillah sekarang ni hana dah selamat masuk ke UIAM, Gombak untuk sambung degree selepas graduated dari asasi UIAM..mesti korang tertanya-tanya hana dapat sambung dalam bidang apa kan..hehehe (perasan je, padahal takde yang nak tahu pon ^^)..ok hana dapat course Bachelor of Human Science (Psychology).. Pada 4 September 2012, hana mendaftarkan diri di UIAM Gombak dihantar oleh emak dan ayah yang tersayang dengan bantuan penunjuk jalan a.k.a sepupu..Thanks to them sebab sanggup tolong hana and family, siap sediakan tempat penginapan lagi... 

Minggu orietasi atau Ta'aruf Week?? hmm..'tersangat' lah bestttttttt sampaikan setiap kali ada briefing hana mesti tido tapi takde la sampai berdengkur kan..yelah nak buat macamana dah penat kannn..hehe..Seminggu berta'aruf week, membuatkan hana jadi familiar dengan jalan-jalan di dalam kampus Gombak ni..Terima kasih dan maaf buat kakak-kakak dan abang-abang committee yang menjadi penunjuk jalan dan sanggup melayan karenah kami junior-junior yang kadang-kadang mengada-ngada nak itu nak ini, complain itu, complain ini sampai naik muak dibuatnya..hehehe

Being a university student is not easy..disebabkan masih baru, hana tak tahu sangat kat mana kelas jadi, terpaksa lah mintak tolong kawan-kawan yang masuk awal tolong tunjukkan jalan ke kelas..mostly students akan sesat ketika mencari kelas dan automatically akan confius dengan nama kelas..itu la yang akan terjadi apabila semester baru dibuka..Suasana kat sini sangat-sangat lah lain dengan suasana kat asasi dulu..kalau dulu lecturer masih lagi memberi nota, course outline dan sebagainya tapi sekarang, semuanya kena cari sendiri kalau tak memang ketinggalan lah.. 

Teringat pesan emak dan ayah hana, diorang cakap bila kita duk kat tempat orang ni kena lah pandai jaga diri, jaga solat, pandai pilih kawan sebab kawan lah yang akan jadi family kita bila kita berjauhan dengan keluarga kita..Atuk pulak pesan belajar bersungguh-sungguh jangan main-main macam budak kecik lagi..ahhh rindunyer kat atuk..hehehe..Banyak lagi pesanan yang hana dapat bila dapat offer letter untuk sambung degree..waaaa, terharu pulak :_) .. Terima kasih semua...Setakat ini jelah dulu hana berkongsi..nanti bila hana masa terluang hana berkongsi lagi ok..^_~..tunggu tau..

Thanks again...

International Islamic University Malaysia, Gombak.
Gambar hana selepas menulis entry ini..peace ^_^'
                                                         

                                    Aja-aja Fighting !!
                             
                        (^_^)





p/s: Selamat menyambut hari Malaysia dan Happy Birthday my dearest sister, Nurul Farhah Najwa Abdullah, may ALLAH bless you and all the best for your UPSR result..^_^'..

Friday, September 9, 2011

Today My Life Begins

assalamualaikum & salam sejahtera...

today i would like to write about a lyric of a song which i love the most.TODAY MY LIFE BEGINS by BRUNO MARS..that the title..

TODAY MY LIFE BEGINS - BRUNO MARS

I've been working hard so long
seems like pain has been my only friend
my fragile heart's been done so wrong
i wondered if I
I'd ever heal again

oh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (oh)

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins

yesterday has come and gone
and I've learn how to leave it where it is
and i see that i was wrong
for ever doubting i could win

oh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (oh)

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins

life's to short to have regrets
so I'm learning now to leave it in the past and try to forget
only have one life to live
so you better make the best of it

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins
today my life begins...

u may watch the video here..^_^ or here! to see the lyrics in the website or just listen from this blog..huhu..enjoy yourself!!



p/s: huhuhu...with roommates while reading important dates of mahallah (hostel) vacation and registeration for next semester...
aja aja fighting!!
(^_^)

Tuesday, August 23, 2011

Puasa, Kawan dan dot dot...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

 Alhamdulillah sekarang dah pun masuk 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan..dalam 10 hari terakhir nie orang dah start fikir pasal nk balik raya, beli baju raya, dan macam2 lah pasal raya. hanya setengah orang jer (InsyaALLAH lebih) yang sedih bila fikir tentang ramadhan dah nak habis..hmm, kenapa ek? sebab bulan Ramadhan kan bulan umat Islam. bulan Ramadhan ni la bulan yang penuh kerahmatan. bulan Ramdhan jugalah bulan yg paling banyak pahala boleh dikumpul...tapi,,,hana agak sedih apabila ada segelintir umat Islam yang ponteng puasa, berzina, buat maksiat dan macam-macam lagi..bukan nk menghina atau mengata tapi itulah kebenarannya..hana doakan semoga suatu hari nanti diorang akan dibuka hati oleh ALLAH untuk bertaubat..amiiin...

hmm, tu cerita pasal bulan Ramadhan. sekarang hana nak cerita pasal kawan pulak...kawan? kenapa dengan kawan? ye la, kawankan penting dalam hidup seorang remaja. kenapa penting? sebab kawan la tempat remaja tu luahkan perasaan. kenapa tak luahkan pada parents je? nak tau kenapa? sebab ada sesetengah perkara tu remaja tak boleh atau tak berani nak berkongsi dengan ibu bapa mereka...hmmm..kat U, hana rasa peers atau kawan memainkan peranan yang amat penting sebab kawan lah satu-satunya orang yang akan berada disamping kita apabila berjauhan dengan ibu bapa..

Alhamdulillah, kat U ni hana dapat ramai sangat kawan2 yang amat mengambil berat tentang hana..almaklumlah, perangai dah macam budak kecik walaupun dah besar..di sebabkan itu  jugalah, hana seringkali di nasihati oleh kawan2 seperti abg halmie (senior) supaya berubah..bukan secara drastic tetapi secara perlahan2.,katanya hana tak boleh terus berperangai childish sebab nanti senang orang nak
orang nak ambil kesempatan...dan satu lagi yang abg tu bagi nasihat..dia cakap jangan terlalu bergantung pada orang lain...maknanya hana kena berdikari..now,,yesss, i'm trying to be more independent..bila ada kawan2 yang baik ni, hana rasa agak selamat bila  berada jauh dari ahli keluarga..hana bersyukur sangat bila dikurniakan kawan2 yang amat memahami dengan sikap hana yang kadang tak tentu arah nie..huhu..sekarang hana dah start rindu kat diorang sebab rasa macam dah  lama tak jumpa padahal baru je 3 hari lepas jumpa..almaklumlah, bila ada kat 1 Universiti tak bermakna everyday jumpa..



p/s: nak buat essay tentang apa yang dah belajar, apa yang nak belajar & apa harapan untuk society...huhu

aja aja fighting!!
(^_^)  



Sunday, August 21, 2011

Mana Mak?

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

hmm, kali nie, hana nk cakap pasal mak pulak...jom baca sama kawan-kawan... .^_^.



Jam 6.30 petang. 
 
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama. 
 
Ayah baru balik dari sawah. 
 
Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 
 
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 
 
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” 
 
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 
 
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 
 
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 
 
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 
 
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” 
 
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 
 
Dua puluh tahun kemudian 
 
Jam 6.30 petang 
 
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 
 
Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 
 
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” 
 
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 
 
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 
 
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” 
 
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. 
 
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
 
Ateh menjawab, “Entah.” 
 
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 
 
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 
 
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 
 
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 
 
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. 
 
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 
 
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” 
 
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. 
 
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 
 
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 
 
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 
 
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . 
 
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
 
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 
 
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
 
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 
 
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 
 
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. 
 
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
 
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
 
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
 
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
 
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 
 
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. 
 
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. 
 
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 
 
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." 
 
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
 
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” 
 
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 
 
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 
 
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 
 
Beberapa tahun kemudian 
 
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. 
 
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 
 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 
 
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 
 
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 
 
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 
 
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 
 
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 
 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 
 
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 
 
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 
 
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
 
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
 
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 
 
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 
 
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 
 
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah 
kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?




aja aja fighting!!

(^_^)'

Saturday, August 13, 2011

Betul ke ?!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


kali ni entry hana tentang wanita a.k.a lady@women..hmm, wanita patut bersyukur jadi seorang wanita...hah!! kenapa? ingat senang ke jadi perempuan? nak kena tutup sana, tutup sini tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bisingperempuan, stoking pon kena pakaicuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu harikomfem x tahan bertutup semuatapi, perempuan cool jektengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?siapa kata jadi perempuan tu senang?tiap2 bulan, mesti ada penyakitnak pergi kelas pon susahkalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakitcuba tengok budak lelaki , selamber jekkadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakittapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jektengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakithebat kan perempuan?siapa kata jadi perempuan tu senang?hati ni Allah jadikan lembut betulcepat jek sensitifcuba tengok orang putus cintaselalu perempuan yg paling susah nak lupalelaki lepas putus cinta cepat jek pasang barucuba pergi wayang tengok cerita hindustansiapa yg paling teruk menangis?perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagilembut tak lembut hati perempuantapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelakihebat tak perempuan?disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allahdiorang cakap, Allah x adilkenapa Allah lebihkan lelaki?kenapa perempuan kena dengar cakap suami?kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?padahal jadi perempuan tu sangatlah susahbak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuandan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebeldiorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'diorang berani bertepuk tampar dengan lelakidiorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hatikesian kan kat diorang?disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorangdiorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adilpersoalannya sekarangbetul ke Allah x adil dengan perempuan?betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suamitapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?betul, isteri kena ikut cakap suamitapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnyax adil lagikah Allah pada perempuan?Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuanuntuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinyakalau paling banyak dia ada 4 orang istericuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tutapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelakibermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tumashaAllah, hebatnya perempuan kan?kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebatcuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radiobanyak lagu pasal perempuan kan?contohnya macam lagu SUMAIYYAH,jarang kita dengar lagu pasal lelakisayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat duniatengok pula, bila seorang lelaki berjayaorang akan cakap'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'kita x pernah dengar orang cakap'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuansampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan niperempuan senang nak masuk syurgatengok hadis ni"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."(Hadis Riwayat Ahmad)x adil lagikah Allah dekat perempuan?oh perempuan, sedarlahbetapa sayangnya Allah dekat kitabetapa cintanya Allah dekat kitatapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan duniabayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasandan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehahkesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?






p/s: hmmm, susah x? hana rase lelaki patut cube jadi perempuan sehari je, tapi janganla sampai terus tukar jantina, yang tu tak elok la pulak HARAM hukumnya. huhu ^_^'






aja aja fighting!!

(^_^)

Saturday, June 4, 2011

CFS IIUM Ta'aruf Week 2011/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...hana kat sini juz nak share gambar semasa terlibat dengan Ta'aruf Week 2011/2012 atau dikenali juga sebagai minggu orientasi untuk pelajar-pelajar baru..gambar-gambar di bawah bermula dari induction course untuk committee ta'aruf week hingga ke hari terakhir hana dan kawan-kawan yang terlibat sama di sana...


kerusi-kerusi yang disusun lurus oleh Staff IIUM Properties (IP).


sekumpulan committee sisters dari unit preparation and technical sedang berbincang...


antara committee brothers ketika ada waktu terluang..


kebosanan


hmm,,,brothers berbincang ape tu???


Maka bermula lah hari pertama pendaftaran bagi pelajar kejuruteraan/ICT..



poster ta'aruf week untuk student baru di Centre for Foundation Studies of International Islamic Universiti Malaysia.



information counter dan juga counter urusetia pada hari pendaftaran untuk student engineering/ICT..


izzati(kanan) dan hasanah(kiri) antara committee Ta'aruf Week 2011/2012


hasanah dan nik..termenung jauh..mungkin keletihan kerana seharian bekerja menganggut kerusi dari ANNEX ke Al-Malik Faisal Hall...


hehehehe...masih sempat bergambar di depan poster Ta'aruf Week..


the new students were listening and focusing in briefing on English placement test, Arabic placements test & etc..the examination will determine the students what level they are in English and Arabic skills.


ish33x kusyuknyer adik-adik mendengar briefing yer..akak dulu pon tak macam tu..(alamak terkantoi..:D)



berada di OR(operation room) sedang on call...macam doktor plak..hehhe


name tag for ta'aruf committee..


cantik tak?? ni abang shahidan yang lukis tau,,abg shahidan tu one of preparation and technical committee members..


ini adalah fail yang telah di berikan kepada students committees and new students...


rehearsal for bi'ah ceremony for the new students.


masa ni gambar ketika hana dan hasanah sedang menunggu bas yg telah di sedia kan oleh pihak universiti untuk ke kampus nilai...



saat-saat menjadi ta'aruf committee adalah antara saat-saat yg paling indah dan manis yg pernah hana dapat...hana pasti akan rindukan mereka especially student committees preparation and technical..hana amat gembira dapat bekerjasama dengan mereka selama dua minggu bersama dengan mereka..hana harap ukkhuwah yang terjalin akan terikan buat selamanya...hana pasti akan rindukan kamu semua..



p/s: sudah pun berada di kampus nilai.. :)


aja-aja fighting !!
(^_^)

by,

54489-253-FFBD25B9F6304D35A044A5D63FE82380
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...