Takhta Hati Bab 3


BAB 3
             Ika menahan rasa marah terhadap Eijaz kerana mengheretnya pada situasi tadi. Dia malu dilihat orang ramai. Langkahnya menuju ke tandas berdekatan. Niatnya mahu membasuh muka agar air sejuk dapat meredakan kemarahannya. Tandas dimasukinya. 10 minit kemudian dia mula berasa tenang dan keluar dari tandas. Di muka pintu masuk tandas riak wajah Ika berubah. Eijaz. Eijaz menunngunya di luar tandas. Tapi untuk apa. Ika tertanya-tanya sendiri. Jelingan tajam di berikan pada Eijaz dan di menonong berjalan melepasi lelaki itu. Eijaz sekali lagi berlari anak mengekorinya. Ika tiba-tiba menghentikan langkahnya. “What do you want?” Soal Ika kasar.
“Look, I’m sorry okay, I am sooo sorry.”
Kata Eijaz sambil membuat gaya meminta maaf dengan tangannya.
“Saya tahu, saya tak patut heret awak sekali dalam masalah saya. Saya minta maaf okay.”
Ucapnya lagi. Ika menghela nafas dan terus melangkah. Eijaz tergamam. Dia mengekori Ika dan berkalan melepasinya. Dia berhenti betul-betul di hadapan Ika. Dengan riak terkejut Ika sempat berhenti sebelum tubuhnya melanggar lelaki di hadapannya itu. Dia mula berasa tidak senang.
“Okay, look Miss. Sebagai tanda minta maaf, saya akan teman awak hari ni satu hari.”
Eijaz membuat tawaran. Ika memandang Eijaz dan mengangkat tapak tangannya.
“Thanks but no thanks!”
Ika menolak dan terus menuju ke kedai jam dan barangan perhiasan. Ika tertarik pada sebuah jam. ‘Hmm, cantik. Tapi harga pun cantik juga.’ Bisik hatinya.
“Kalau beli jam ni pada papa nanti hadiah untuk along, angah, achik tak ada.”
 Kata Ika perlahan namun masih boleh didengari Eijaz.
“Awak nak jam ni? Saya boleh belikan.” Eijaz membuat tawaran lagi.
 Ika melihat Eijaz dengan ekor matanya lalu menganggat tangan seperti tadi. Reaksi tersebut membuatkan Eijaz mengangkat bahu. Ika berjalan keliling kedai tersebut. Matanya terpaku melihat sebuah gelang tangan yang bertatahkan berlian. Baginya gelang itu unik. Dia melihat harga gelang tersebut terus mulutnya terngaga.
“Mahalnya gelang. Dah macam nak beli rumah sebiji.”
 Ika menggeleng kepala tidak percaya. Dia melangkah keluar dan berlalu ke kedai pakaian lelaki yang berhadapan dengan kedai jam dan barangan perhiasan tersebut. Eijaz yang tadi hanya memerhati gadis yang menarik perhatiannya itu berhenti melihat apa yang membuatkan gadis itu ternganga.
“Hello Sir, how can I help you?”
Tegur jurujual apabila melihat pelanggan seakan-akan tertarik pada gelang unik yang terletak dalam tempat pameran berkaca. Tanpa berfikir panjang Eijaz terus membuat keputusan untuk membeli gelang tersebut.
 “I want this bracelet.” Kata Eijaz ringkas.
“Good choice Sir. There is only this one kind of bracelet in this world. It’s limited edition. This bracelet was designed by a famous artist from France.”
 Ucap jurujual tersebut. Dia berharap pelanggan di hadapannya membeli gelang tersebut. Jika gelang tersebut dibeli, banyak komisyen yang akan dia dapat.
“Looks like it has meaning.”
 Kata Eijaz sambil memandang tag yang bertulis dalam bahasa Perancis itu.
“Yes, Sir. I does have meaning. It means true love. The design was made to dedicate love to the designer wife. It was told that the wife died after giving birth to their twins. Since the designer truly loved his wife, he didn’t found any women that could attract him until him himself died from an illness. This is his last artwork”
 Jurujual yang bernamtag Jennifer membuka kisah disebalik gelang tersebut.
“What a sad love story.” Eijaz rasa simpati.
            Sementara itu di kedai pakaian lelaki kelihatan gadis berwajah polos sedang memilih tali leher untuk ayahnya.
“This looks fine. I want this one.”
Kata Ika sambil menghulurkan tali leher yang dipilihnya kepada jurujual di sebelahnya. Jurujual tersebut menganggukkan kepalanya dan berlalu ke kaunter. Mata Ika menghala keluar kedai. Kelibat Eijaz tidak kelihatan. ‘Maybe he left.’ Bisik hatinya sambil mengangkat bahu. Ika meninjau lagi dalam kawasan kedai tersebut. Dia berkira-kira untuk membeli kemeja kepada abang-abangnya di Trigisia. Dia mengambil dua kemeja yang dirasakan cantik lalu di halakan di hadapannya. ‘Susah kalau tuan takde depan mata.’ Keluh Ika. Ketika dia berkira-kira hentak meletakkan semula kemeja-kemeja tersebut dia Nampak Eijaz berjalan ke arahnya. Kemeja ditangannya dihala ke badan Eijaz.
“Lebih kurang saiz along dan angah je mamat ni. Untuk achik boleh beli saiz kecil sikit.”
 Bisik ika perlahan. Tanpa berlengah dia menuju kea rah Eijaz dan menariknya ke kawasan fitting room.
“Awak cuba dua baju ni kemudian tunjuk pada saya.”
 Eijaz bingung namun masih menurut arahan Ika. Sementara menunggu Eijaz mencuba kemeja dia berjalan menuju ke rak kemeja sekali lagi untuk memilih kemeja achiknya. Beberapa minit kemudian pintu fitting room terbuka perlahan.
“Ika.” Panggil Eijaz ringkas.
Ika menoleh pada suara yang memanggilnya. Hatinya berdegup kencang melihat susuk tubuh dihadapannya. Terdetik hatinya memuji si dia. Ika cuba menenangkan diri lalu berkata.
“Okay I want that shirt and this shirt.”
 Kata Ika kepada jurujual yang berada disebelahnya. Jurujual yang terpaku pada ketampanan Eijaz mengangguk laju dan mencapai kemeja yang dihulurkan kepadanya.
“What are you doing? Pergi la tukar baju. Saya nak bayar.”
 Suruh Ika apabila melihat Eijaz masih berdiri kaku.
“This shirt…”
Seperti tahu apa yang bermain dalam fikiran Eijaz, Ika terus berkata,
“Nope, it’s not for you. It’s for my brother. Sorry.”
 Ika menganggat tangannya lagi sambil berlalu ke kaunter pembayaran. Selesai Eijaz menukarkan pakaian kemeja yang dipakainya tadi dibawa ke kaunter. Ika membuka tas tangannya untuk mencari dompet. Tiba-tiba Eijaz menghulurkan kad berwarna hitam pada jurujual. Ika perasan akan kejadian itu terus bertanya.
“What are you doing?”
“Hmm, paying for the shirt.” Jawab Eijaz.
“Yes, obviously. I can see that. Tapi kenapa?” Tanya Ika lagi.
 “Saja. It’s a gentleman thing to pay for a lady.”
 Ika memandang geram. “Saya tak beli apa-apa pun untuk awak so why should you pay for me. No thanks my dear.” Ika sinis.
 Jurujual yang berada di situ berasa kekok. Walaupun dia tidak memahami sesetenga ayat yang di lafazkan oleh dua pasangan tersebut namun aura tegang tetap dirasainya.
“Err, excuse me madam.” Panggil jurujual tersebut.
 Ika memandang suara yang memanggilnya.
“Yes.”
“I forgot to tell you that today is our first anniversary. So, each of our customer will get a wallet as a gift. You can pick one”
Beritahu jurujual tersebut sambil menunjuk ke arah rak pameran dompet lelaki yang terletak di hujung kedai.
“Oh really, congratulatios and thank you.” Ika mula rasa teruja namun mukanya berubah apabila teringat lelaki di sebelahnya.
“Don’t you dare to pay for me.”
Ika memberi amaran keras terus berlalu mengikuti jurujual untuk memilih dompet. Eijaz yang melihat gelagat Ika terkaku. Beberapa saat kemudian dia tersenyum sendiri dan menyimpan semula kad kredit di dalam dompet berjenamanya. ‘This girl is really different.’ Bisik hatinya. Tiba-tiba Ika mencuitnya dari belakang.
“Pegang ni kejap.”
Ika menghulur dompet dan telefonnya pada Eijaz. Tawa yang disimpan sebentar tadi akhirnya tercetus jua di bibir Eijaz. Sepuluh minit menunggu Ika masih lagi leka memilih dompet yang sesuai. Henfon Ika bergetar dengan kuat sambil lagu Mama dari kumpulan Exo berkumandang. Skrin memaparkan nama pemanggil.
“Adik.”
Kata Eijaz perlahan apabila melihat nama pemanggil. Tanpa berlengah dia terung mengangkat panggilan sebelum lagu berhenti.
“Kakak! Esok flight depart pukul 9 pagi right?”
Eijaz melarikan henfondari telinga. Suara kuat pemanggil memeritkan telinganya.
“Hello, Miss Ika? Do you hear me?”
Panggil pemanggil tersebut apabila tiada jawapan.
“Hello. Yes. Sorry your kakak left her phone with me. Kejap ya.”
Kata Eijaz.
“Oh, okay.”
Zatika Hasni terkedu. Dia pelik. Tidak pernah ada lelaki mengangkat telefon kakaknya. Setahunya tiada orang pun yang dibenarkan memegang mahupun menyentuh henfon kakaknya itu. Jikalau ada yang curi-curi ambil henfonnya, nahas orang itu dikerjakan. Kalau tidak dilempar henfon, orang yang akan dilemparnya. Dia tahu benar perangai ganas kakaknya itu.
“Ika” Panggil Eijaz kuat. Namun masih tidak didengari oleh gadis itu.
Dia memanggil lagi dan masih tiada respon. Tanpa berlengah Eijaz bergerak menuju ke arah Ika. Dengan perlahan dia memanggil,
 “Sayang, there’s a phone call for you.”
Ika terkejut kerana tiba-tiba ada suara di belakangnya. Dia tidak mendengar panggilan sayang yang ditujukan untuknya tapi tidak bagi Hasni. Dia mendengarnya dengan jelas dan nyata. Air yang diteguknya terus tersembur keluar.
“Siapa?”
Tanya Ika dengan muka polos.
“Err, adik…”
Jawab Eijaz sambil menunjukkan skrin henfon pada Ika.
“Oh, okay. Thanks.”
Ika mengambil henfon dari tangan Eijaz.
“Yes adik, nak apa?”
“Kakak, who’s that?
“Siapa?” Tanya Ika kembali.
“The one yang angkat my call la, siapa lagi. Siap bersayang-sayang lagi. Boyfriend ke?”
Tanya Hasni dalam mod mengusik
“Ish, apa adik merepek ni? Bila masa pulak sayang-sayang ni? He’s my friend la. Nothing more.”
Kata Ika sambil berkerut memandang Eijaz yang sudah kembali ke kaunter bayaran.
“So what’s up? Nak ape? Cepat I have things to do.” Gesa Ika
“Mama.”
“Kenapa dengan mama?” Ika panik takut-takut sesuatu terjadi pada ibunya.
“Mama asyik asked me to ask again and again about your departure time.”
Ika menarik nafas lega. Baru sahaja dia igin membuka mulut adiknya berkata dahulu.
“It’s tomorrow. Depart at 9 am, sampai 9 pm. Okay bye.”
Hasni terus mematikan panggilan. Ika hanya mampu menggelengkan kepala dengan gelagat adik kesayangannya itu. Dia tahu mamanya yang menyuruh Hasni menalefon dirinya sedangkan pagi tadi dia sudah memberi tahu berkali-kali pada mamanya tentang masa penerbangan esok hari.

Comments

  1. Hi guys! I'm sorry that there are few spelling and grammar errors (both in Bahasa & English) from this chapter. If you guys found any unacceptable error(s) pls let me know. I'll try to change it correctly. Thank you. :)

    ReplyDelete

Post a Comment