Takhta Hati Bab 2

BAB 2


Seminggu kemudian di salah sebuah pusat membeli-belah terbesar di Kota London.
            Ika berjalan leisurely sambil pandang kiri dan kanan melihat apa ole-ole yang sesuai untuk ahli keluarganya. Ole-ole untuk ibu, kakak ipar dan adik bongsunya, Hasya telah pun siap dibeli. Tinggal untuk ayah dan abang-abangnya sahaja. Dia buntu tidak tahu apa yang sesuai untuk lelaki. Ketika matanya melilau mencari kedai yang sesuai, dia terpandang sebuah pasangan seperti sedang bergaduh. Ika menggelengkan kepalanya.

“Ish, kat public pon nak bertekak. Tak malu ke orang tengok.”

Kata Ika sendiri tanda tidak senang dengan tindakan pasangan terbut. Tanpa menoleh ke arah pasangan itu, dia teruskan perjalannya. Tangannya tiba-tida di tarik oleh seseorang. Ika terkejut dan cuba melepaskan tangannya dengan teknik mempertahankan diri yang sudah sebati dengan dirinya. Tanpa sempat dia memulas tangan asing tersebut, tiba-tiba dia terdengar suara seorang lelaki. Ika kaget. Dia pernah dengar suara ini. Tapi dimana?

“Hey, it’s me. Help me please.”
            “You...”

Ika terkejut melihat orang yang tiba-tiba menegurnya itu. Eijaz, ya dia adalah Eijaz. Lelaki yang hampir-hampir terlibat secara tidak langsung dalam misi menumpaskan Kumpulan Mafia Matthew. Rupa-rupanya lelaki yang bertekak dikhalayak ramai tadi ialah Eijaz. Namun Ika pelik kenapa Eijaz minta tolong darinya.

“Ika right? Help me to get rid of this lady?” Eijaz mula membuat muka minta simpati.
Ika yang masih kebingungan ditarik oleh Eijaz untuk berhadapan dengan perempuan asing. ‘Boleh tahan juga minah ni. Cantik. Seksi. Mat salih pula tu. Apa kurangnya dia’ bisik hati Ika.

“Meet my girlfriend. Or to specific my fiancé, my future wife.” Eijaz memperkenalkan Ika pada wanita asig tersebut. Ika membesarkan matanya kerana terkejut.

“What??” Wanita tersebut terjerit kuat menarik perhatian orang yang lalu-lalang.
“Hushhhh. Don’t be so loud Carole. You are in a public place not in your house.”
Eijaz mula rasa jelik dengan telatah wanita itu.
“Can you tell me what’s going on here?”
Ika menyoal Eijaz dengan suara perlahan.
“Can’t you see? I’m trying to bebaskan diri dari perempuan ni.”
Balas Eijaz dengan suara perlahan tapi ditekan.
“Are you mad at me right now? Awak yang heret saya untuk minta tolong!”

Suara Ika mula tegang. Dia terasa dengan balasan Eijaz yang kedengaran agak keras di telinganya. Riak wajah Eijaz berubah. Dia tersedar dia tidak patut mengeraskan suaranya pada Ika hanya kerana perasaan jengkel terhadap Carole menguasaai diri.

“Sorryyyy. I am sooo sorry. Saya tak patut cakap macam tu pada awak. But pleaseee. Help me.”

Kata Eijaz cuba menenangkan keadaan. Ika menjeling tanda tidak puas hati. Eijaz buntu namun Carole harus di keluarkan dari hidupnya. Dia sendiri tidak tahu kenapa Carole begitu obsess dengan dirinya. Adakah ianya disebabkan oleh status dia? ‘Haihh, susah betul jadi orang penting ni.’ Eijaz mengeluh sendiri.

“Look, Carole. This lady in front of you is someone special in my heart and nobody can ever take her place. Not even you!” Eijaz bertegas.

“Eijaz you can’t do this to me! I’ve been waiting you for years. Can’t you open your eyes and look at me?”

Carole mula mengeluarkan airmata dan merayu. Ika mula rasa simpati pada perempuan yang dikenali sebagai Carole. Ika merenung Eijaz tajam. Eijaz perasan akan tenungan itu lalu membuat ekspresi tidak bersalah.

“Mmm, look Miss Carole right? Since I don’t know what’s going on, I’ll only say this. Don’t waste your time for someone who doesn’t love you. Someone who doesn’t appreciate for what you’ve done. Well, even though that someone is my future husband.”

 Ika menjeling Eijaz sambil membuat muka padanya. Eijaz masih dengan muka tidak bersalahnya.

“It’s not that I’m taking side but as a women, I think it not worth it. You are beautiful, sexy, gorgous you worth someone better than this guy.”

Sambung Ika sambil sekali lagi memandang Eijaz.

“A guy like him, who doesn’t even look at your worthiness is someone that I can consider as a loss. Please miss, look around you and find someone better who loves and appreciates you. I’ll take a leave then.”


Kata Ika tajam, menghembus nafas panjang dan terus berlalu pergi. Eijaz terkejut. Tidak sangka Ika boleh menyindirnya secara terang-terangan. Selama ini tidak ada sesiapa pon berani berbuat begitu. ‘Woah, this girl quite interesting.’ Kata Eijaz dalam hati. Dia meninggalkan Carole sendirian selepas memberikan riak wajah ‘Please leave me.’ dan mengekori Ika. Melihat lelaki kesayangan dan wanita yang diperkenalkan sebagai tunangan berlalu pergi, Carole menangis teresak-esak. Tangisan yang dibuat-buat tadi bertukar menjadi tangisan sebenar. Dia sakit hati. Bukan kerana ditinggalkan tapi kata-kata tajam Ika menusuk kalbu. Dia sedar bahawa selama ini perbuatannya mengganggu Eijaz hanya sia-sia. 

Walaupun pada permulaannya dia tertarik pada lelaki itu kerana status diri namun lama-kelamaan dirinya terjatuh suka pada Eijaz tanpa sedar. Carole tahu cinta tidak boleh dipaksa, dia cuba untuk memikat Eijaz namun apakan daya, lelaki itu tetap keras pendirian untuk tidak jatuh hati padanya. Setelah kelibat pasangan tersebut hilang dari pandangan, Carole mengesat air matanya dengan kasar dan terus berlalu pergi membawa diri dan hati yang terluka. Dalam diam dia mendoakan supaya pasangan tadi terus bahagia selamanya. Dia tekad untuk melupakan Eijaz.







Comments