Birthday Girl

Assalamualaikum w.b.t & selamat tengah malam semua..

Maaf sebab lama sudah saya tidak meng'update' blog ni..kalau rumah mesti dah berhabuk kan..hehehe

Alhamdulillah, tanggal 20 March 2013 genaplah umur hana..hah berapa umur?? hehehe, muda lagi, baru masuk 21 tahun single mingle lagi tuu (promote diri pulak)..

20 Mac 2013...banyak benda yang berlaku, bersalah pula rasanya kepada mangsa2 kecuaian hana.. Disebabkan hana ni birthday girl, diorang tak jadi nak marah..thank a lot friends..

1st Kecuaian: Tidur di Cafe Human Science (one of cafetaria kat UIA)

           Hahahaha..Bila teringat balik rasa lawak pula. Pagi itu hana rasa mengantuk sangat sampai kan dalam kelas Arab sebelum tu hana hampir2 tertidur, nasib je ustaz selalu pergi kat meja hana tu pantau apa yg hana buat kalau tak memang sah2 hana tidur..untuk dipendekkan cerita, habis sahaja kelas hana terus menuju ke tempat biasa hana & kawan2 melepak iaitu Human Sciences Cafetaria atau nama glamour'nya' HS Cafe. tanpa membuang masa hana cari tempat duduk & terus tidur di situ tanpa segan silu (jatuh saham,  hehehe). dengar cerita dari cik Deela & Aisyah (bff), rupanya ada orang rakam hana tidur masa tu..sapa yang rakam hana tak tahu la pulak sebab diorang tak nak bagitau..hehe, tapi kan cerita diorang tu bukan boleh percaya sangat pon, siap cakap upload dalam facebook lagi tapi bila hana check takde pulak..Deela & Aisyah tipu hana ekk??

2nd Kecuaian: Kejadian kak Aida dan Motorsikal barunya.

            Selepas kejadian tertidur tu, hana ke kelas Islam & Psychology. Habis je kelas tu hana berjalan seiring dengan kak aida (classmate), dia ajak hana balik sama2. Disebabkan kak aida ada motor, hana apa lagi on terus la. Kak aida baik sangat, dia belanja hana lunch sempena birthday hana yang ke 21 sampai sanggup hantar hana balik hingga ke block mahallah (asrama). Kak aida cakap motor yang dia pakai sekarang baru je dibeli oleh abahnya, comel je motor tu. Setibanya kiteorang di destinasi, hana cuba turun dari motor, untuk pengetahuan pembaca2 sekalian, hana agak ganas apabila naik atau turun motor, jadi penunggang2 motor harus la kuat kalau tak boleh terbalik motor tu. Itulah yang terjadi pada kak aida, hehehe, disebabkan hana nak turun dari motor, kak aida betul2 off guard time tu, motor tiba2 tersungkur jatuh (dah mcm org tersungkur dah), terkejut kak aida..nasib baik tak cedera..kak aida cuak giler..kesian kak aida. Sebab hana, motor kak aida scratch. Banyak kali jugak hana minta maaf, kak aida kata tak apa, dia cakap jangan rasa bersalah sebab benda dah nak jadi. Yang calar tu sikit je and tak penting pon, yang penting enjin boleh hidup lagi. Cara kak aida berkata2 tu sangat halus dan tenang takde langsung riak2 marah, yang ada hanya wajah yang penuh dengan senyuman. Baik tak kak aida? Hana mintak maaf ya kak aida, hana tak sengaja, nanti hana akan cuba belajar untuk naik & turun motor dengan lebih ayu..Kak aida, nanti jangan serik pula nak tumpangkan hana. Semoga ALLAH merahmati kak aida. ^_^ . 

3rd Kecuian: Kesan kekal pada karpet.

               Tepat pukul 6.35 petang, Aishah call ajak hana makan kat bilik dia. Selepas pergi beli makanan di cafetaria dalam kawasan mahallah hana terus menuju ke bilik aishah yang berada di blok E iaitu berdepan dengan blok hana. Menu pilihan hana waktu itu adalah nasi ayam penyet. Kat bilik aishah ada 2 orang lagi bff iaitu raziah and deela. Sedang kiteorang bergelak ketawa, unconsciously hana tertumpahkan sambal nasi ayam penyet atas karpet aisyah..menjerit dia..hana terkasima, deela dan raziah sudah tergelak gelak bagai tak ingat dunia dah..aishah pulak cepat2 bagi hana tisu. Aishah pon tak marah hana jugak sebab katanya 

"disebabkan hari ni hana birthday girl, jadi aishah nak marah"

Maaf cik aishah, tindakan reflek hana lambat bertindak..hana  mengambil masa untuk tahu apa yang patut hana buat..hehehehe..sebagai denda, hana kena tolong aishah basuh karpet tersebut...basuh punya basuh, kesan sambal masih tak mahu hilang..apa perlu hana buat untuk hilangkan kesan tu? pembaca2 ada tips tak?



Haih, apalah hana ni, cuai sangat..tak boleh jadi ni..kena ubah, kena ubah..By the way, Thanks to pembaca2 sekalian kerana sudi membaca post hana yang tak seberapa ni


p/s: got donashi of big apple from dearest rommates, atin & farihan..thanks to them !!




                                                                aja aja fighthing !!
                                                                         ^_^'

Comments