Puasa, Kawan dan dot dot...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

 Alhamdulillah sekarang dah pun masuk 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan..dalam 10 hari terakhir nie orang dah start fikir pasal nk balik raya, beli baju raya, dan macam2 lah pasal raya. hanya setengah orang jer (InsyaALLAH lebih) yang sedih bila fikir tentang ramadhan dah nak habis..hmm, kenapa ek? sebab bulan Ramadhan kan bulan umat Islam. bulan Ramadhan ni la bulan yang penuh kerahmatan. bulan Ramdhan jugalah bulan yg paling banyak pahala boleh dikumpul...tapi,,,hana agak sedih apabila ada segelintir umat Islam yang ponteng puasa, berzina, buat maksiat dan macam-macam lagi..bukan nk menghina atau mengata tapi itulah kebenarannya..hana doakan semoga suatu hari nanti diorang akan dibuka hati oleh ALLAH untuk bertaubat..amiiin...

hmm, tu cerita pasal bulan Ramadhan. sekarang hana nak cerita pasal kawan pulak...kawan? kenapa dengan kawan? ye la, kawankan penting dalam hidup seorang remaja. kenapa penting? sebab kawan la tempat remaja tu luahkan perasaan. kenapa tak luahkan pada parents je? nak tau kenapa? sebab ada sesetengah perkara tu remaja tak boleh atau tak berani nak berkongsi dengan ibu bapa mereka...hmmm..kat U, hana rasa peers atau kawan memainkan peranan yang amat penting sebab kawan lah satu-satunya orang yang akan berada disamping kita apabila berjauhan dengan ibu bapa..

Alhamdulillah, kat U ni hana dapat ramai sangat kawan2 yang amat mengambil berat tentang hana..almaklumlah, perangai dah macam budak kecik walaupun dah besar..di sebabkan itu  jugalah, hana seringkali di nasihati oleh kawan2 seperti abg halmie (senior) supaya berubah..bukan secara drastic tetapi secara perlahan2.,katanya hana tak boleh terus berperangai childish sebab nanti senang orang nak
orang nak ambil kesempatan...dan satu lagi yang abg tu bagi nasihat..dia cakap jangan terlalu bergantung pada orang lain...maknanya hana kena berdikari..now,,yesss, i'm trying to be more independent..bila ada kawan2 yang baik ni, hana rasa agak selamat bila  berada jauh dari ahli keluarga..hana bersyukur sangat bila dikurniakan kawan2 yang amat memahami dengan sikap hana yang kadang tak tentu arah nie..huhu..sekarang hana dah start rindu kat diorang sebab rasa macam dah  lama tak jumpa padahal baru je 3 hari lepas jumpa..almaklumlah, bila ada kat 1 Universiti tak bermakna everyday jumpa..



p/s: nak buat essay tentang apa yang dah belajar, apa yang nak belajar & apa harapan untuk society...huhu

aja aja fighting!!
(^_^)  



Comments