Sayang Anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
dah lama hana tak menulis(^_^) dah nak berhabuk dah belog ni..

first and foremost, hana nak ucapkan tahniah buat semua pelajar yang dapat tawaran ke universiti tempatan atau luar negara, maktab perguruan (IPG), matrikulasi atau apa saja yang sama waktu dengannya.:
bila sebut aje pasal IPG ni hana teringat pula kat ayah dan mak hana kat rumah. mereka nak sangat hana jadi cikgu. katanya masa depan lebih terjamin. hana isi maktab sama dengan isi upu tapi 'malangnya' hana tak dapat pula tawaran temuduga maktab sebaliknya dapat tawaran ke International Islamic University Malaysia atau lebih di kenali dengan UIA.(mase tu memang hepy giler lah). selepas habis aje semester dua di UIA, hana di kejutkan lagi dengan pembukaan tawaran kemasukan ke IPG(oh my god! sekali lagi.)hana dipaksa beli nombor pin kat BSN yang berdekatan. sampai je kat BSN tu hana tengok kat papan kenyataan yang pekerja BSN selalu tampal informasi tentang apa2 sahaja. tengok punyer tengok hana baru perasan yang kat situ langsung tak ade informasi tentang No Pin maktab untuk student yang ada sijil SMU/SMA. dengan happynyer hana keluar dari BSN tu lalu menelefon ayah kesayangan dan memberitahu apa yang terjadi...masa tu ayah tanye 'kakak tanye tak pegawai bank?' dengan selambe nyer hana cakap tak. ayah terus suruh hana pegi masuk balik dalam BSN pastu tanyer pegawai bank yang bertugas. oleh sebab tak nak kecewakan ayah hana masuk aje lar pastu tanye pegawai bank. rupa-rupanya ada jual no pin kat sana..ape lagi, hana beli aje lar. malam tu ayah bawak hana berkunjung ke cyber cafe. hana langsung tak wat pape kat sana. ayah je yang isikan permohonan kemasukan ke maktab tu. hana harap sangat tak dapat sebab hana tak nak masuk sana. tak nak sangat sampai nak nangis tergolek-golek tapi sebab ayah dan mak, hana tahan je. dan sekarang hana bersyukur sebab tak dapat masuk maktab.(hepy-hepy :) ). benda ni sama terjadi dengan sepupu hana yang baru tahu yang dia tak dapat masuk IPG tapi ibu dia tetap suruh buat rayuan. dia bernasib baik sebab ibu dia dengar ape yang dia cakap dan sekarang dia tengah buat persiapan ke matrikulasi di pulau pinang.

moral of the story, ibu bapa hanya mahu yang terbaik untuk anak2 mereka. mereka sanggup lakukan

apa sahaja untuk masa depan anak walaupun dia tahu anaknya tak suka. jadi kepada anak2, jangan salah faham dengan niat baik ibu bapa anda. mereka hanya fikir akan masa depan anda. mereka tahu apa yang terbaik untuk anda. anda adalah harta mereka yang amat bernilai. ianya tak mampu di beli dengan wang mahupun emas. hargailah ibu bapa anda.



p/s: tengah buat persiapan ke Centre for Foundation Studies International Islamic University Malaysia di Petaling Jaya, Selangor.

aja aja fighting
(^_^)

Comments